ead> NOONEELSE Untitled Document
PROFILE
, Tuesday, June 8, 2010 @ 10:37 AM
Pada hari sabtu yang lepas, saya dan ibu serta dua org adik serta bakal adik ipar pergi menonton filem Lagenda Budak Setan. Kenapa? Terkejut saya mahu menonton cerita melayu? Hehe, saya pun terkejut juga. Akan tetapi, filem ini antara filem yang saya nantikan kemunculannya di panggung wayang, kerana saya pernah membaca novel tersebut (walaupun tidak habis).

Dua jam, sungguh lama juga cerita tersebut. Tapi memang kesedihan yang agak luarbiasa cerita ini, bagi saya. Hampir menangis juga saya dibuatnya, kerana saya mendalami jiwa Kasyah (kenapa saya perlu menjadi lelaki? Bukankah sepatutnya saya menjadi Ayu?). Tapi tidak kesampaian tangisan itu kerana belum ada taman dalam hati saya. Cewaaahhh :)

Biarpun sesetengah orang beranggapan cerita ini boring, typical dan macam2 lagi, tapi pada pendapat saya, filem ini menarik. Jarang saya ingin memuji filem tempatan tau. Lakonan yang mantap, gabungan hero dan heroin yang ideal juga menyumbang kepada kemenarikan filem ini. Dan saya paling kagum dengan sinematografinya, sungguh indah pada pandangan mata.

Apa yang menarik minat saya terhadap jalan cerita ini ialah kebolehan Ayu mengubah Kasyah yang anti perempuan dan terus menjadi seorang yang sangat setia pada cinta. Okay, sekarang saya rasa mahu mencari lelaki seperti Kasyah. Tapi, mampukah saya menjadi seperti Ayu? Sudahla bersifat kasar, tidak ayu pula tu. Bagaimana mahu menambat hati lelaki? Auww~

Saya mahukan 'Budak Setan' yang setia pada cinta. Tapi wujudkah? Filem ini suka membuat orang berfantasi. Jahat!