ead>
|
PROFILE
, Sunday, May 2, 2010 @ 11:37 PM
Okay, hari ini saya dalam mode sedih. Saya pun tidak tahu kenapa. Saya terus menerus melayan lagu-lagu sedih melalui youtube, tiba-tiba terdengar lagu-lagu dari filem A Walk To Remember & Sweet November.Sedihnya amat klimaks sekali. Saya dapat merasakan jiwa saya sangat bergetar. Kenapa saya berasa sedih tiba-tiba? Saya bingung. Mungkin saya baru merasai pengalaman bersendirian yang agak lama. Perasaan untuk mempunyai orang yang benar-benar berada di sisi saya ketika saya memerlukan. Perasaan untuk mengadu setiap perkara, waima benda yang sangat remeh di dunia. Memang anda tertanya-tanya, yang sebelum ini, bukankah saya sudah ada seseorang? Owh ya, kami tidak pernah ada apa-apa. Kami tidak pernah berjumpa malahan dia tidak tahu banyak tentang apa yang berlaku dengan diri saya. Hubungan kami macam kawan biasa saja. Saya rindu saat-saat dimana saya mempunyai teman untuk meluahkan segalanya. Saya rindu mempunyai teman yang saya boleh gigit, cubit dan pukul. Saya kejam, saya tahu. Saya rindu untuk sentiasa bermesej, dan saya baru sedar, saya tiada lagi bonus dari digi kerana kredit saya tidak mencukupi untuk saya layak mendapat bonus itu. Okay, saya sudah menangis sekarang. Hati saya pilu sangat. Selamat malam. Semoga saya senyum sepanjang hari esok. |